Thursday, March 8, 2012
Wednesday, July 27, 2011
Pemantapan Menghadapi UPSR 2011
Selaku Pengurus disekolah ini, sudah semestinya mempunyai semangat untuk bersaing serta meningkatkan prestasi keputusan UPSR pada tahun ini dengan sekolah-sekolah lain. Apa tah lagi sekolah ini di cabar oleh PPD Keningau untuk mencapai 71% ke atas. Maka untuk mencapai matalamat tersebut, warga SK Apin-Apin telah membuat beberapa pendekatan program untuk memantapkan lagi keupayaan murid-murid khususnya menghadapi peperiksaan sekaligus memberikan tips teknik menjawab soalan-soalan dengan berkesan. Antara program yang telah diatur ialah,
-Program Anak Angkat sekurang-kurangnya 3 orang murid bagi seorang guru
-Kelas tambahan di mana semua guru terlibat
-Ceramah motivasi
-Latih tubi menjawab soalan-soalan tahun lepas serta ramalan soalan
-Ujian Mingguan
Selain daripada itu murid-murid juga digalakkan menkikuti program UPSR Tutor melalui TV.
Sunday, November 21, 2010
Majlis Khatam Alquran S.A.N Apin-Apin
Pada hari ini 21 Nov 2010 telah berlangsung Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah Agama Negri Apin-Apin bagi kali yang ke 16. Ada dua orang anak yang terlibat dalam majlis ini ia itu, Ahmad Fakhri dan Nur Sahidah. bilangan sebenar pelajar yang mengambil bahagian dalam majlis ini ia lah seramai 10 orang yang mana terdiri daripada murid-murid Tahun 6. Majlis ini dirasmikan oleh Ustaz Abd Razak Bin Hamdan, Pegawai Tadbir JAHINS Pedalaman Atas Keningau.
Sunday, October 31, 2010
Pengumuman Penting Pada Perhimpunan Sekolah
Pada hari ini 01 Nov 2010, Warga SK Apin-Apin di maklumkan mengenai tarikh-tarikh penting disepanjang bulan Novembar ini sebelum melangkah ke cuti akhir semaster tahun ini. Antara yang disentuh oleh Guru Besar ialah perlaksanaan PROTIM, EXCEL, Sukan Tahunan Sekolah yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Nov ini dan diikuti dengan Hari Anugerah pada 11 Nov, Manakala mesyuarat Staf akan berlangsung pada 12 Nov. Hari menandatangani buku rekod murid pula ialah pada 15 Nov. Gotong Royong akan dilaksanakan pada 16 Nov, ia itu hari terakhir persekolahan pada tahun ini.
Audit Pemantauan Prasekolah, LINUS dan Pemulihan Khas PPD Keningau
Pemantauan telah dijalankan bermula dari 25 Okt yang lalu. Rumbungan kami berfokus kepada sekolah-sekolah Zon Dalit. Antara sekolah yang sempat kami pantau setekat ini ia lah SK.Kalampun, Dalit dan Kahaba. Kami sangat terharu dan bersimpati dengan Guru Besar SK Dalit kerana 2 buah blok bangunannya telah musnah dijilat api dalam suatu kebakaran baru-baru ini. Walaubagaimanapun bangunan kelas kabin sedang giat disiapkan dan kami sempat meninjau pembinaannya Pemantauan ditangguhkan sementara kerana jalan licin serta banyak aktiviti sekolah yang perlu diselasaikan
Tuesday, October 19, 2010
Ubahsuai Rumah
Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini anak-anak bersama ibu mereka telah bertungkus lumus mengubahsuai dalaman rumah untuk memberi ruang Bengkil Bodywork kereta Yazid diruang tamu asal.
MGB Dari Lawas Sarawak Melawat Daerah Keningau
Seramai 26 ahli rumbungan MGB daripada Lawas Sarawak telah membuat kunjungan muhibbah dengan MGB Daerah keningau. Dalam siri lawatan ini selama 2 hari, kedua-dua belah pihak telah beroleh perkongsian pengalaman dan idea khususnya dalam memajukan sekolah masing-masing dalam bidang kurikulum. Rumbungan ini sempat melawat dua buah sekolah ia itu SK.Pekan Keningau dan SK.Pasir Putih.
Sebelum bertolak balik ke Lawas, rumbungan ini sempat diraikan dengan sambutan Hari Raya bertempat di Dewan SK.Kg.Keningau.
Kumpulan Nasyid daripada SK.Apin-Apin pimpinan Ustaz Khairul Mat Saat turut diundang untuk menyerikan lagi suasana majlis tersebut
Sebelum bertolak balik ke Lawas, rumbungan ini sempat diraikan dengan sambutan Hari Raya bertempat di Dewan SK.Kg.Keningau.
Kumpulan Nasyid daripada SK.Apin-Apin pimpinan Ustaz Khairul Mat Saat turut diundang untuk menyerikan lagi suasana majlis tersebut
Subscribe to:
Posts (Atom)
