Sunday, October 31, 2010

Pengumuman Penting Pada Perhimpunan Sekolah

Pada hari ini 01 Nov 2010, Warga SK Apin-Apin di maklumkan mengenai tarikh-tarikh penting disepanjang bulan Novembar ini sebelum melangkah ke cuti akhir semaster tahun ini. Antara yang disentuh oleh Guru Besar ialah perlaksanaan PROTIM, EXCEL, Sukan Tahunan Sekolah yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Nov ini dan diikuti dengan Hari Anugerah pada 11 Nov, Manakala mesyuarat Staf akan berlangsung pada 12 Nov. Hari menandatangani buku rekod murid pula ialah pada 15 Nov. Gotong Royong akan dilaksanakan pada 16 Nov, ia itu hari terakhir persekolahan pada tahun ini.

Audit Pemantauan Prasekolah, LINUS dan Pemulihan Khas PPD Keningau

Pemantauan telah dijalankan bermula dari 25 Okt yang lalu. Rumbungan kami berfokus kepada sekolah-sekolah Zon Dalit. Antara sekolah yang sempat kami pantau setekat ini ia lah SK.Kalampun, Dalit dan Kahaba. Kami sangat terharu dan bersimpati dengan Guru Besar SK Dalit kerana 2 buah blok bangunannya telah musnah dijilat api dalam suatu kebakaran baru-baru ini. Walaubagaimanapun bangunan kelas kabin sedang giat disiapkan dan kami sempat meninjau pembinaannya Pemantauan ditangguhkan sementara kerana jalan licin serta banyak aktiviti sekolah yang perlu diselasaikan

Tuesday, October 19, 2010

Ubahsuai Rumah

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini anak-anak bersama ibu mereka telah bertungkus lumus mengubahsuai dalaman rumah untuk memberi ruang Bengkil Bodywork kereta Yazid diruang tamu asal.

MGB Dari Lawas Sarawak Melawat Daerah Keningau

Seramai 26 ahli rumbungan MGB daripada Lawas Sarawak telah membuat kunjungan muhibbah dengan MGB Daerah keningau. Dalam siri lawatan ini selama 2 hari, kedua-dua belah pihak telah beroleh perkongsian pengalaman dan idea khususnya dalam memajukan sekolah masing-masing dalam bidang kurikulum. Rumbungan ini sempat melawat dua buah sekolah ia itu SK.Pekan Keningau dan SK.Pasir Putih.
Sebelum bertolak balik ke Lawas, rumbungan ini sempat diraikan dengan sambutan Hari Raya bertempat di Dewan SK.Kg.Keningau.
Kumpulan Nasyid daripada SK.Apin-Apin pimpinan Ustaz Khairul Mat Saat turut diundang untuk menyerikan lagi suasana majlis tersebut

Hari Anugerah Ko Kurikulum Daerah Keningau

Pada hari ini 30/09/2010 telah berlangsung hari Anugerah Ko Kurikulum bagi Daerah Keningau. Sebanyak 72 buah Sekolah Rendah dan 11 buah Sekolah Menengah yang terlibat dalam majlis tersebut. Semua anugerah telah disampaikan oleh Pegawai dari KPM. Koir dari SMK Keningau 2 telah menyerikan lagi suasana dalam majlis itu di Hotel Juta Keningau.

Pentauliahan KRS Bahagian Keningau

Pada hari ini 29/09/2010 telah berlangsung pentauliahan KRS kepada Pengarah, Semua PPD, Semua Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelia PPD di Bahagian Keningau. Pentauliahan kepada Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr.Muhiddin Yussin disempurnakan oleh Pegawai dari KPM, sementara pentauliahan untuk PPD,Penyelia,Pengetua,Guru Besar, GPK disempurnakan oleh Datuk Pengara sendiri.
Seramai tiga ratus lebih pengawai telah ditauliahkan pada hari tersebut yang telah berlangsung di Dewan Yuk Kong Keningau.

KANOU MISORIRITA HITI AMAN OM INAN

Kalau ada cerita baru..ba ceritalah sini kio..


ShoutMix chat widget

Pokok Kelapak (Marsha Londoh)