Sunday, August 29, 2010

Laungan Merdeka 2010 Peringkat SK.Apin-Apin

Pada hari ini bermula seawal jam 7.00 pagi semua warga SK.Apin-Apin telah berkumpul di tapak perhimpunan sekolah. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku selepas itu semua warga sekolah menyanyikan beberapa buah lagu-lagu patrotik.
Acara diteruskan dengan ucapan Guru Besar, En.Haris Ibrahim bersempana dengan Perayaan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah yang bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi, sejerus selepas ucapan, beliau telah mengetuai laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali.
Dalam kesempatan ini beliau telah berkongsi pengelaman mengenai sejarah Negeri Sabah merdeka bersama melalui Malaysia. Yang penting sekali warga sekolah harus tahu bahawa sebagai seorang yang telah dilahirkan sebelum merdeka, berbagai peristewa telah berlaku dan inilah dikatakan suatu transformasi yang telah mengubah keadaan dalam berbagai bidang sama ada dalam politik, sosio ekonomi, perpaduan, pembangunan dan sebagainya. Sebagai pengisian disepanjang majlis ini, AJK sambutan telah menyediakan program seperti tayangan video tentang kemajuan Malaysia setakat ini serta kuiz untuk murid-murid menjawab.

KANOU MISORIRITA HITI AMAN OM INAN

Kalau ada cerita baru..ba ceritalah sini kio..


ShoutMix chat widget

Pokok Kelapak (Marsha Londoh)