Thursday, July 15, 2010

Mesyuarat MSKPPM Daerah Keningau

Satu mesyuarat MSKPPM telah diadakan dibilik Piombolutan PPD Keningau pada 15/07/2010. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh PPD Keningau, En Raisin Saidin. Berbagai acara akan dipertandingkan dalam tamasyah tersebut seperti; bola sepak remaja/vetren, badminton, sepak takraw, bola tampar, golf, jogathon, catur, dart dan ta ketinggalan kebudayaan. Saya sendiri telah dilantik PT bagi kebudayaan ini. Pertandingan dalam acara ini ialah pertandingan nyanyian solo lagu-lagu Irama Malaysia. Semua pertandingan akan berlangsung dari 23 hingga 25/07/2010.

Monday, July 12, 2010

The Soundwaves Memplopori Gabungan Alat Muzik Tradisional dan Modern

Pengenalan

Mengimbas kembali kegemilangan kumpulan ini diawal 90an tidak dapat dinafikan bahawa kumpulan ini begitu diminati ramai kerana penampilan persembahan muzik yang pernah menggabungkan 12 alat muzik tradisional di selajukan dengan alat muzik modern.

Nostalgia serta kenangan manis yang ta dapat di lupakan ialah apabila kumpulan ini dinobatkan juara Kugiran sebanyak 3 kali berturut-turut sempana Pesta Bambu Di Tambunan Sabah dan sekali gus memiliki piala pusingan yang dihadiahkan oleh Ybh. Datuk Dr.Jefrry Kitingan.

Antara alat muzik tradisional yang digabungkan ialah; Bungkau, Sompoton, Singkokolu, Babadon, Kurunggu, Sundatang, Babanggu, kulintangan, Toburi, pumpuak, Suling, tandang dan Somporing.

2 Orang Pembantu Tadbir Mula Bertugas

Ada 2 orang pembantu tadbir telah memulakan tugas mereka di SK.Apin-apin pada hari ini, mereka ialah Pn.Rosni Waslin dan Puan Mathilda Anggap. Mereka masing-masing dari SK.Pekan Keningau dan SMK. Apin-apin. Jika selama ini pihak pentadbiran sekolah ini mengalami masalah khususnya dalam menjalankan pentadbiran yang berkesan, dengan hanya mempunyai seorang PT, kini segalanya telah dapat diatasi. Warga sekolah mengucapkan selamat bertugas kepada mereka berdua.

Friday, July 9, 2010

pemantauan ICT & Pusat Sumber S.K APIN-APIN

Pada hari ini, Puan Samsiah penyelia dari Pusat Kegiatan Guru Keningau (PKGK) telah datang ke sekolah S.K APIN-APIN untuk memantau pengemaskinian penyelenggaraan semua peralatan ICT dan membantu dalam persiapan sekolah untuk menyertai pertandingan pusat sumber peringkat negeri sabah. ITU SAHAJA...OKEY!!
OPUTAN WAGU GUULU..

Thursday, July 8, 2010

Perkongsian Dengan Pengerusi MGB Negeri Sabah




Encik Lasmin Majani selaku Pengerusi MGB Negeri Sabah telah menyampaikan beberapa maklumat yang beliau perolehi semasa beliau menghadiri Mesyuarat MGB Kebangsaan.
1. Kenaikan Pangkat untuk Guru Besar bukan Siswajah akan di wujudkan DGA 40
2. Penempatan Guru Besar yang telah memiliki ijazah sedang diatur sebagai Guru Besar
DG 41.
3. MGB negeri Sabah mempertikaikan keadilan dalam dalam penilaian KPI NKRA sebab
kemudahan di semua sekolah di Sabah dan Sarawak ta seimbang. Cadangan minta di
kecualikan daripada sekolah-sekolah di semenanjung kerana kemudahan di dua negeri
ini masih jauh kekurangan.
4. Beliau minta agar semua guru komited dengan tugas, beliau rasa kesal Negeri Sabah
di sebut kerana ramai guru-guru ponteng bertugas. Perkara ini telah di tegur Oleh Puan
Norizan Hj. Bapoo salah seorang daripada kakitangan kementerian Pelajaran Malaysia

Anakanda Gonong Menghantar Permohonan Ke UITM


Pada hari ini anakanda Noraniza bersama kakaknya Noralmizah telah mengurus segala dekumin keperluan untuk kemasukan ke UITM atas bantuan Ketua Pemuda UMNO Sabah, Saudara Azman Hj. Roslan

Kursus Muzik Tahun 5 dan 6 Di Maktab Gaya 1986


Bersama saudara Vincient Galangang menghadiri kursus pendidikan Muzik KBSR di Maktab Perguruan Gaya pada tahun 1986. Saya masih ingat, beliau ta sempat menghabiskan kursus tersebut kerana ingin saja nak pulang, maklllllllllum baru saja bogia dia khawin. gambar ini baru saja hari ini beliau bagi, dia kata gambar ini tersorok dalam album lama beliau.

Pertukaran Guru Khas Pedalaman


Pada hari ini 8 Julai 2010 satu taklimat berhubung dengan pertukaran guru pedalaman P1, P2 dan P3 ia itu guru-guru dari semenanjung ditawarkan memohon kembali ke negeri asal. tempat mereka akan diisi dengan guru-guru yang berasal dari negeri Sabah yang berjumlah 637 orang lepasan IPGM. Pertukaran tersebut berkuat kuasa serta merta. Taklimat ini disampaikan oleh En. Iskandar Amat Penyelia Kanan Cemerlang PPD Keningau. Pada Masa yang sama Timbalan PPD Keningau Puan Betty Leong telah menyampaikan amanat daripada PPD agar semua Guru Besar mengambil berat tentang LINUS serta perkara-perkara yang berkaitan dengan NKRA

Wednesday, July 7, 2010

Gambar Kenangan


Gambar kenangan peserta kursus bersama para pencaramah daripada IAB

Penyampaian Cendahati







Encik Haris Ibrahim (Penghulu Kursus) menyampaikan cenderahati kepada penyelaras kursus, Encik Kunalan serta para penceramah

Penyampaian Cendahati


Encik Kunalan, Penyalaras Kursus menyampaikan cenderahati kepada Encik Mustafa Malisin selaku penyelaras PKG Daerah Keningau

Penyampaian Cendahati


En Kunalan selaku Penyalaras Kursus menyampaikan cenderahati kepada Wakil PPD Drs.Salamat Hj.Ismail

Ucapan Peresmian Penutupan Oleh Wakil PPD Keningau




Wakil PPD Drs Salamat Hj. Ismail menyarankan kepada semua Guru Besar yang telah menyertai kursus tersbut agar dapat mengaplikasikan dapatan kursus di sekolah masing-masing. Beliau juga berpesan agar dapat menghantar laporan kursus dalaman kepada semua guru di sekolah masing-masing untuk makluman PPD. Pada masa yang sama mengucapkan sybas kepada semua peserta kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus tersebut dengan jayanya.

Ucapan Daripada Penyalaras Kursus


Encik Kunalan selaku penyelaras kursus melahirkan rasa kagumnya diatas komitmen dan sambutan semua Guru Besar terhadap kurusus yang dijalankan, beliau juga berasa selesa berada di daerah Keningau khususnya dan Negeri Sabah amnya kerana suasana disini sangat harmoni walaupun terdiri daripada berbilang suku kaum

Ucapan Alu-aluan Daripada Penghulu Kursus


Encik Haris Ibrahim menyampaikan ucapan sempana majlis penutupan kursus pada hari ini 7/7/2010. Antara perkara yang telah disebut oleh beliau dalam ucapannya ialah intipati kursus tersebut sangat membantu kepada semua Guru Besar dalam merilasisakan suasana memperbaiki serta meningkatkan mutu kerja dalam sesuatu organasisasi

Para Peserta Kursus Rehat/Makan


Setelah penat berkerusus tiba masa untuk mengelas perut yang dah lapar, kelihatan Encik Wahanin Ismail masih mampu tersenyum walau dah beberapa jam berkursus

Sesi Simulasi Dalam Coaching


Kelihatan Puan Norbaya Toleng (GB SK Ulu Senegang) dan Puan Helina (GB SRJK St.Francis) sedang melakukan simulasi Coaching di mana Puan Helina selaku coache dan Puan Norbaya selaku Coach.

Kursus Coaching & Mentoring Anjuran IAB


Kursus Coaching dan Mentoring anjuran IAB telah berlangsung selama 3 hari di bangunan PKG Keningau bermula pada 5 Julai dan berakhir pada hari ini. Seramai 30 orang Pengurus/ Guru Besar Sekolah daerah Keningau dan Tenom telah menyertai kursus tersebut Kelihatan dalam gambar ialah sebahagian daripada peserta kursus

Sunday, July 4, 2010

Majlis Konvokesyen Ke 8 OUM Di PWTC


Syukur alhamdulilah akhirnya dapat juga menyempurnakan konvokesyen setelah menyelasaikan pengajian di OUM dengan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) Perasaan semua garaduan yang berhimpun di Dewan Merdeka pada 19 hingga 22 Jun 2010 ternyata sangat bangga sekali dan ini lah saat-saat yang paling mengembirakan kami semua.

Jay Jay Berurut Di sebabkan Usus Sembelit


Semalam telah menghantar Jay Jay berurut dengan si Eny di Tudan Baru, pada mulanya sakit pada perut disangka apendix tetapi setelah di pegang oleh si Eny rupanya anak perutnya sembelit. Jadi terpaksa kena urut untuk membetulkan keadaan, jay jay mengering kesakitan, alhamdulilah sekarang beransur sembuh,

Piala Dunia 2010

Piala Dunia 2010
Seperti peminat bolasepak yang lain dan peminat setia bagi pasukan Argentina, saya begitu kecewa sekali melihat persembahan pasukan ini bila ditewaskan oleh pasukan Jerman 0-4 walhal pasukan Argentina mempunyai pemain handalam seperti messi. Walaupun sangkaan saya gol jerman di perolehi seawal permainan ia itu lebih kurang 3 minit dapat dibalas dan menyumbat sebanyak mungkin gol tetapi, andaian saya melesit apabila diakhir perlawanan jaringan gol bagi jerman kekal 4 dan Argentina 0. Bahkan Messi yang disebut-sebut akan dapat mempamirkan permainan yang cantik serta dapat menyumbat sebanyak mungkin gol kepada pasukan lawan ta menjadi. Beginilah rupanya bolasepak seseorang pemain itu ta semestinya handal dalam mewakili kelab tetapi dalam permainan sebesar ini semuanya serba ta menjadi. kecewwwwwwwwwwwwaaaaa sangat.

KANOU MISORIRITA HITI AMAN OM INAN

Kalau ada cerita baru..ba ceritalah sini kio..


ShoutMix chat widget

Pokok Kelapak (Marsha Londoh)